Thursday 1 December 2016

Cameron Highland Part 7 :: Taman Agro Teknologi Mardi :: Kafe Abang Strawberi

Dalam bahagian sebelum ini, sebenarnya sebelum kami pergi ke Rose Centre, kami telah singgah untuk sarapan pusingan kedua di kafe orang Melayu di Kampung Taman Sedia. Sudah tentu, di mana-mana yang kami pilih, bersebelahan dengan ladang strawberi.

Pusing punya pusing, akhirnya kami memilih kafe Abang Strawberi, di sebuah jalan mati di kampung tradisi ini.

Kaki maskot yang telah divandal 
Creme Brulee - 3/5. 
Strawbery shake - 3.5/5 - kurang kick, kurang rasa susu

Senarai harga

Minuman

Scone - mediocre

Brownies - mediocre

Nasik lemak sambal strawberi - hanyalah nasi lemak versi lain sahaja. Kurang kick...

Jangan petik, ini plastik 

Ladang strawberi. Homestay banyak di kawasan sekitar. Saya kurang pasti adakah sesuai tinggal di sekitar kawasan ladang. Concern saya, ialah dedahan kepada racun dalam tempoh masa yang lama.. 
Strawberi coklat di CH bagi saya, macam sedikit over rated la. Kebanyakan coklat dip, terasa kurang kualiti.

Pintu masuk ke kafe Abang Strawberi. Sokonglah bisnes orang kita. 

TAMAN AGRO TEKNOLOGI MARDI 

Destinasi berikutnya ialah di Taman Teknologi MARDI. Ramai orang kata, taman ini merupakan mini Cameron Highland. Saya setuju, kerana semua yang ada di CH, ada dihimpunkan di sini. Walaupun fungsi asalnya ialah sebagai agensi penyelidikan, tetapi taman ini menawarkan pelancongan berasaskan pendidikan yang baik untuk pengunjung.

Gigih kan kami? Hujan-hujan masih nak bergambar. Sebenarnya, hujan turun lewat petang sebagai penamat kunjungan kami di sini. 

Kolam ikan

Indiana Jone style..

Periuk kera..

Kafe strawberi, dengan kerjasama al-Mashor

Footprint. Ada pulak yang pakai sandal. 

Replika ayah pin pin...

Lanskap, serta kandang arnab

Kilang teh pertama di CH. Dibangunkan semula untuk tujuan pameran

Ladang teh pertama CH terletak di dalam Taman Mardi
Secara umumnya, kita boleh menghabiskan separuh hari di kawasan ini sahaja, kerana luas. Di dalam taman ini, pihak MARDI juga ada menyediakan beberapa jenis kediaman. Saya sendiri tidak sempat menghabiskan lawatan ke seluruh kawasan, kerana cuaca yang tidak mengizinkan.

Dalam sekitar jam 6 petang, setelah hujan lebat, kami pun bergerak pulang. Dalam perjalanan, seperti biasa kami singgah di Fahmida terlebih dahulu untuk membeli lauk dan mee goreng mamak. Selepas Maghrib dan Isha' berjemaah, kami hanya duduk di apartment sahaja, memanfaatkan masa berkualiti bersama keluarga. Dah lama tak tengok Berita jam 8, tapi tensen juga apabila berita utama memaparkan berita mengenai bahasa lucah yang digunakan oleh seorang Timbalan Menteri di dalam Dewan Rakyat, serta ulangan perkataan sial yang dilemparkan oleh MP Shah Alam. Korang ni kan, kami undi sebagai wakil rakyat, tolonglah jaga akhlak sikit. Tunjukkanlah budi pekerti yang mulia sebagai ikutan rakyat. Penat kami sebagai ibu bapa menjawab soalan anak-anak mengenai insiden tersebut. Habis masuk perkataan tak elok itu di dalam vocabulary mereka. Menjawablah nanti di akhirat.

Malam itu, kami tidur dengan nyenyak sekali. Rasanya, saya dulu yang tidur, kerana baru terasa keletihan memandu, mendukung Omar, mendaki dan menapak jauh...

Jumpa lagi dalam part 8

No comments:

Post a Comment