Wednesday 30 November 2016

Cameron Highland Part 6 :: Masjid Abu Bakar Tanah Rata :: Rose Centre

Ini merupakan hari ketiga saya di Cameron Highland. Bangun awal pagi, saya menunaikan solat fardhu Subuh di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata. Masjid ini hanya terletak 1.4 km sahaja daripada apartment saya.

Inilah Masjid Abu Bakar, Tanah Rata. Mudah sahaja mencarinya. Tiada tempat parking kereta di dalam compound masjid kecuali untuk OKU sahaja. Naik ke masjid ini, perlu mendaki bukit sikit. Boleh parking di laluan, atau ada juga tempat parking disediakan, di satu lagi kawasan tinggi bukit sebelah masjid. Waktu subuh, biasanya ramai yang ada di sini, kerana pengunjung luar baru sampai, dan masih mencari-cari kediaman atau belum dapat check in. 

Masjid di Cameron Highlands agak unik, kerana tiada kipas. Justeru, suasana persekitaran agak mendamaikan tanpa bunyi bising aircond atau kipas. 

Oleh kerana masjid ini terletak berhampiran dengan terminal bas, ramai juga akan berehat di sini pada waktu subuh setelah tiba di CH. Berdasarkan pandangan saya sebagai orang luar, pengurusan masjid agak terbuka menerima mereka. Inilah konsep sebenarnya masjid, sekiranya isu keselamatan dapat dikawal dengan baik. Tahniah pengurusan masjid. 

Bagi pengunjung masjid solatlah bersama-sama. Saya tengok ada seorang dua yang sengaja melepak dan berehat, sedangkan iqamat telah dikumandangkan. Bila jemaah tamat solat dan keluar, barulah mereka terhegeh-hegeh nak solat. Kemudian, berilah sumbangan dalam tabung masjid. Infaq fi sabilillah di awal pagi, akan membuka pintu rezeki kerana malaikat akan mendoakan. Kalau makan, sanggup bayar mahal-mahal di kafe hipster. Ape barang kalau kedekut nak infaq ke tabung masjid?

Inilah masjid, dan pengunjung yang baru sampai naik bas ekspress. Saya nampak ada juga pengunjung non-Muslim masuk ke masjid dan tidak dihalang. Alhamdulillah sekiranya jaga adab, dan kemudahan tandas serta kawasan berehat disediakan dengan baik, tiada masalah mereka menikmati rahmat Islam di dalam kawasan masjid. 
Ada beberapa gerai sarapan pagi yang dibuka sejak sebelum subuh lagi. Saya recommend makan di arked sebelah Agro Bank Tanah Rata. Masakannya fresh, dimasak di premis. Harganya, tidaklah mahal sangat. Bihun kosong, RM2. Nasi lemak telur mata, RM3.
Bukan mudah untuk bercuti dengan anak-anak kecil. Nak melayan ragam masing-masing, kena banyak bersabar. Setiap hari kononnya nak gerak keluar jam 7 pagi, sarapan di luar, tetapi realitinya untuk kami, agak sukar. Tiada pilihan lain, melainkan sarapan di rumah sahaja. Paling awal kami dapat gerak keluar rumah ialah pada jam 8:30 pagi.

Hari ini ialah hari Jumaat. Bagi beberapa buah negeri, cuti sekolah telah bermula. Kami jangka mungkin CH semakin sibuk. Lalu destinasi pertama kami pada pagi hari ketiga ini, ialah membeli barang cenderahati. Destinasi pilihan kami, ialah di Central Market Brinchang. Harga barangan cenderahati seperti keychain, fridge magnet dan tshirt agak murah di sini. Baju kanak-kanak ada yang semurah RM10. 

Adeh la, ejaan jawi. 

ROSE CENTRE

Selepas membeli barangan di Brinchang, kami bergerak ke Rose Centre. Kenapa kami pilih destinasi ini, walaupun asalnya kami plan nak ke tempat lain? Ini adalah disebabkan cadangan oleh Uncle Raju, security personnel di apartment kami. Terima kasih Uncle Raju... 

Rose Centre terletak di jalan atau lorong Kea Garden. Dari Brichang, masuk lorong kecil di celah kedai-kedai yang sibuk tu. Berhati-hati, kerana jalan kecil dan pengunjung pasar agak ramai. Ada lagi Rose ****** lain di CH. Tetapi kami pilih ini, atas sebab rahsia hihi. 

Seperti review yang saya lihat di tripadvisor, Rose Centre ini memang taman yang agak uzur, lama. Yang menarik, ialah keluasan dan ketinggian taman serta bunga-bunga yang ditanam di seluruh kawasan. 

Tak salah saya, yuran masuk untuk dewasa ialah RM6. Taman ini amatlah tidak sesuai untuk orang yang ada masalah kesihatan untuk mendaki, orang tua dan stroller kanak-kanak. Kerana keseluruhan taman ini, adalah bukit, yang tinggi, dibina secara teres bertingkat, sampailah ke puncak. Ada beberapa binaan karikatur kanak-kanak. Tetapi tarikan utama ialah pokok bunga yang cantik, walaupun hakikatnya taman ini agak uzur. Yang menjaga seluruh kawasan ini pun, ialah pekerja asing dari Bangladesh. Kalau anda baik dengan pekerja di sini, dapatlah tahu 'RAHSIA' kenapa saya pilih untuk ke sini hihi. 

Permulaan mendaki. Tinggi weh.... amat tinggi. Tapi setiap tingkat, banyak pokok bunga untuk dinikmati pemandangannya. Di belah atas, tiada gerai jual air atau makanan ye, di belah bawah aje ada jual. Berbeza dengan Lavender Garden

Ini antara karikatur kanak-kanak yang banyak terdapat di sini. Banyak sangat, dan semuanya kelihatan uzur, lama. 

Haaa kan dah kata, tak terjaga. Tempat ini bukan untuk pelancong posh dan yang kuat complaint mengenai binaan dan maintenance.

Tetapi ianya syurga bagi peminat pokok bunga, dan fotografi. 

Cantik kan...

Adeh, jauh lagi kena mendaki...

Tapi di setiap tingkat, akan menemui bunga pelbagai jenis, terutamanya ros. 
Tak sampai separuh jalan pendakian yang meletihkan, anda akan nampak sign ini. Signifikan dan ironi, bukan?

Anda boleh tarik nafas apabila sampai di binaan rumah berbentuk kasut ini. Taman ini sebenarnya mesra hujan, kerana banyak teduhan. Di dataran yang tinggi dengan binaan kasut ini, nikmatilah panorama sekitar kawasan Kea Market. Di belakang sana, kelihatan Hotel Equatorial. Dataran ini lebih tinggi, dan ini baru separuh perjalanan sahaja. Ada lagi separuh kawasan bukit yang perlu didaki. 

Pemandangan panorama di dataran Bukit Rose Centre. 
Nampak tak pokok yang tinggi sekali tu? Itulah kesudahan Rose Centre. Jauh lagi weh. Kami melepak di dataran lama juga, anak-anak berehat dan main-main di sini. Ingat ye, tiada tandas dan kedai jual air di atas ni. 

Jom turun. Huhu kena la mendukung si Omar. Pasal tu ramai orang bagi review yang agak negatif pada Rose Centre ni, kerana kurang terjaga, perlu mendaki secara curam, dan anak tangganya yang besar. 
Saya menaip part Rose Centre ni pun, agak meletihkan juga haha. Bersambung nanti pada part 7. 



Cameron Highlands Part 1 :: Perjalanan Kuantan - Bentong - Raub - Sg Koyan - Ringlet :: Bee Farm
Cameron Highlands Part 2 :: Home Stay - Tanah Rata - Kafe Bharat - Kedai Mamak Terbaik
Cameron Highlands Part 3 :: Lavender Garden
Cameron Highlands Part 4 :: Boh Tea Centre Sungei Palas
Cameron Highlands Part 5 :: Cactus Park : Time Tunnel Gallery : Dobi Layan Diri
Cameron Highlands Part 6 :: Masjid Abu Bakar Tanah Rate : Rose Centre
Cameron Highlands Part 7 :: Taman Agro Teknologi Mardi: Kafe Abang Strawberi
Cameron Highlands Part 8 :: Menaiki Buggy ke Cameron Valley

No comments:

Post a Comment